Tuesday, January 31, 2012

5 Golongan Ahli Syurga

Umar R.A. berkata :

” Sekiranya tidak takut dituduh mengetahui perkara Ghaib, tentulah aku mahu bersaksi bahawa kelima golongan manusia ini adalah termasuk ahli Syurga :

1- Orang fakir yang menanggung nafkah keluarganya.

2- Wanita yang suaminya redha kepadanya.

3- Isteri yang mensedekahkan mahar/maskahwinnya kepada suaminya.

4- Anak yang kedua orang tuanya redha kepada dirinya.

5- Orang yang bertaubat dari kesalahannya. “

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam . M/S : 133

http://akhbaralyom.net/news_details.php?sid=44253

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

1- بيت قاطع الرحم

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-بيت آكل مال اليتيم

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3- بيت فيه كلب

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-بيت يكثر فيه السباب مثل سب الصحابة والأموات والشيطان والدهر والريح والديك والمرض والسب العام

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5- بيت يتغنى بغير ذكر الله فيها

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- بيت يرتفع فيه صوت نائحة

6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- بيت يشرك فيه بالله وتعلق التمائم ويرتكب فيه السحر

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
8- بيت فيه محرمات مثل استعمال آنية الذهب والفضة

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9-بيت فيه روائح كريهة مثل رائحة البصل والثوم والكرات والتدخين…..

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok,pegih dadah .
10- بيت أصحابه مصرّين على المعصية

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- بيت ترتكب فيه الكبائر

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12- بيت العاق لوالديه

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- بيت يؤكل فيه الربا

13- Rumah pemakan riba,intres.
14- بيت فيه مجالس للشيطان وهي: المجالس التي لا يذكر فيها الله ، والمجالس التي لا يصلى فيها على النبي صلى الله عليه وسلم……

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- بيت فيه صورة أو تمثال

15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16- بيت فيه جرس

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- بيت يشرب فيه الخمر

17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- بيت يلعب فيه بالنرد

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- بيت الملعونين: ومنهم الراضي والمرتشي ، المغيرات لخلق الله ، تارك الصلاة…..

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20- بيت يترك صاحبه الغسل من الجنابة

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- بيت مسرف، ومن الإسراف: الإكثار من الأثاث والفرش التي لا لزوم لها…..

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- بيت يرتكب فيه الفاحشة

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Rujukan Makalah:

http://akhbaralyom.net/news_details.php?lng=arabic&sid=44301

Sunday, January 29, 2012

Pengertian Maut

Orang yang kita cintai nabi Muhammad saw., dan salaf (orang-orang terdahulu) secara terus menerus mengingatkan dirinya, dan yang lainnya tentang hal dimana rizqi (perbekalan) dan ajal (kematian) akan bertentangan, hasilnya dari apa yang kita duga.
Maksud di mana mahdud (batasan hidup di antara mulai dan berakhir) akan berakhir dan pergi, dan abadi (tidak terbatas, kehidupan yang abadi) akan dimulai.
Semua ini telah disampaikan oleh Allah swt., yang Al Azzali (tidak berawal dan tak berakhir). Maut (kematian) adalah sesuatu yang kita butuhkan untuk terus-menerus dipikirkan dan direnungkan setiap waktu.
Pengertian maut menurut bahasa:

Al Kufur (tidak beriman)
إِنَّكَ لا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ
"Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang." (An-Naml: 80)
فَإِنَّكَ لا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ
"Maka Sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling membelakang." (Ar-Ruum: 52)

Al-‘Aqly (rohani)
أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." (Al-An’aam: 122)
Al Syiddah (kesukaran)
يَتَجَرَّعُهُ وَلا يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِنْ وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظ
"Diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan di hadapannya masih ada azab yang berat." (Ibrahim: 17)

Al Khauf (ketakutan)
يَتَجَرَّعُهُ وَلا يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِنْ وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ
"Diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan di hadapannya masih ada azab yang berat." (Ibrahim: 17)

Al Zulm (penghinaan)
Al Ma’siyah (ketidakpatuhan)
Al Harram (Panas sekali)
Al Naum (Tidur)
Al Hatif (kematian)

Saturday, January 28, 2012

WINDIGO PHOTOGRAPHY

Bingung cari fotografer buat dokumentasi pernikahan, prewedding ato acara / event2, boleh ditengokin portfolionya di alamat ini. Ada wedding price listnya juga. Contoh foto bisa diliat di : http://windigoonline.blogspot.com/

Thursday, January 26, 2012

Besarnya Pahala Bersalawat ke atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat.
Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan
juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.